//Simple is better




About Me !
Hey ! Good days to you!


Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!haha.. i'm Nur Shuhada Binti Ab Aziz. 20 tahun. Was taken by someone. Seorang gdis biasa yg hnya inginkn kbhagian. Tiada yg lbih kekal & bhgia slain CINTA yg SATU♥ my fmly♥ my jntung hati♥ my bff♥

Status : YOUR STATUS HERE


Music
Layan jew!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: shuhada aziz

Nuffnang

◕‿◕

"I know I'm not the best writer.. menulis sekadar suke-2.. mohon maaf andai ade yg tak suke.. !! "

Blog archive

» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» November 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» June 2013
» September 2013
» October 2013
My anniversary

Daisypath Anniversary tickers
En. Jantung Hati



TUHAN,sampaikan pesan ini padaNya.. aku menyayangiNya,mecintaNya.. tak sanggup bila ku kehilanganNya.. tiap saat ku merindukanNya.. ingin bertemu denganNya.. lindungilah dia saat aku tak bersamanya.. aku hanya ingin ia BAHAGIA.. walaupun tak bersamaNya.. aku ingin selalu menjagaNya.. jangan biarkan ia bersedih.. aku hanya ingin melihat senyumNya.. SAMPAI AKU SUDAH TIDAK ADA DI DUNIA..

Followers
Sayang korang!

Jerit di sini



Ramai yang berkata, dunia adalah satu pentas teater. Ya, Satu pentas teater yang pengarah tungal untuk pentas teater itu adalah tidak lain tidak bukan Allah SWT.

Dalam pentas teater ini, setiap orang memainkan peranan masing-masing. Ada yang memainkan peranan sebagai orang kaya, miskin, jahat, baik gembira dan sedih. Jalan cerita yang sudah diatur lengkap dan kemas dalam kitab mulia Al-Quran.

Habis itu, apa hubungannya dengan kehidupan kita?

Semua kejadian yang menimpa kita, seperti kegagalan bercinta ataupun kepahitan yang kita alami, secara dasarnya sudah tertulis alur ceritanya.

Masalah akan menjadi ringan sekiranya kita selalu menganggap dunia hanyalah pentas teater, tempat orang memainkan peranan masing-masing, bersesuaian dengan jalan ceritanya.

Waktu mendapat kejayaan, kita sedar, ini adalah episod kita berjaya. Begitu juga waktu mengalami kegagalan, ia juga episod yang perlu dimainkan.

Semuanya sudah tertulis, semuanya sudah tercatat. Dari sekecil-kecil dan sebesar-besarnya setiap kejadian.

Seorang pelakon teater perlu bergerak dan bertindak seperti yang dikehendaki jalan cerita. Perlu diingat, kehidupan sebenar bukan semasa dia menjadi pelakon.

Mungkin dalam wataknya, dia adalah orang yang berharta, tetapi dalam kehidupannya yang sebenar, hidupnya sederhana dan mungkin papa kedana.

Mungkin dalam wataknya, dia berperanan sebagai seorang yang miskin, tetapi dalam kehidupan yang nyata,dia seorang yang kaya-raya.

Kita perlu tahu bahawa, pelakon tidak pernah dibelenggu oleh wataknya semasa berada di atas pentas. Apabila pementasan sesebuah teater telah tamat, dia tidak akan terus terikut-ikut dengan watak yang dimainkan.

Walaupun dalam teater dia berperanan sebagai bos besar, dia tidak kecewa adalam kehidupannya yang sebenarnya, iaitu sebagai manusia miskin.

Kesimpulannya, walau apa pun yang berlaku, sekiranya kita menganggapnya sebagai pelakon teater, insya-Allah kita tidak akan sakit kepala, tertekan, apatah lagi untuk patah hati dan kecewa. Kerana kita sedar kita adalah pelakon.

Sekiranya masih dibelenggu masa lalu, bererti kita adalah pelakon yang masih tidak mahu melepaskan wataknya. Padahal, waktu lakonan yang dijalankan sudah tamat. Tetapi kita masih menganggap seolah-olah lakonan masih berjalan.

Sekiranya berlaku seperti ini, kita menjadi lemah, kurang semangat, terseksa dan membuang masa.

Menurut ibnu Al-Zauji, membuang masa lebih teruk daripada kematian. Ini kerana, kematian hanya memutuskan seorang daripada dunia dan keluarganya, tetapi membuang masa pula memutuskan seorang daripada Tuhan dan hari akhiratnya.

Beranikan Diri Ucapkan Selamat Tinggal Pada Masa Lalu

Mulai daripada saat ini, beranikan diri berkata, “Selamat tinggal masa lalu.”Biarkan ia berlalu seiring beralihnya waktu. Biar ia terhapus dengan segala suka dan duka. Biarkan ia pergi dan tidak kembali lagi.

Masa lalu adalah masa apabila seseorang melaluinya dengan kesusahan ataupun senang. Masa mendatang akan menjemput, tetapi kita tidak akan tahu sama ada masih sempat melaluinya dengan baik ataupun tidak.

Masa sekarang adalah masa yang perlu digunakan dengan kesedaran dan meneruskan perjuangan hidup.
“Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah SWT tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.” [Surah Al-Hadid, ayat 23]
*copy and paste dari blog http://akuislam.com/blog/renungan/selamat-tinggal-masa-lalu/
0 comments