//Simple is better




About Me !
Hey ! Good days to you!


Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!haha.. i'm Nur Shuhada Binti Ab Aziz. 20 tahun. Was taken by someone. Seorang gdis biasa yg hnya inginkn kbhagian. Tiada yg lbih kekal & bhgia slain CINTA yg SATU♥ my fmly♥ my jntung hati♥ my bff♥

Status : YOUR STATUS HERE


Music
Layan jew!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: shuhada aziz

Nuffnang

◕‿◕

"I know I'm not the best writer.. menulis sekadar suke-2.. mohon maaf andai ade yg tak suke.. !! "

Blog archive

» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» November 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» June 2013
» September 2013
» October 2013
My anniversary

Daisypath Anniversary tickers
En. Jantung Hati



TUHAN,sampaikan pesan ini padaNya.. aku menyayangiNya,mecintaNya.. tak sanggup bila ku kehilanganNya.. tiap saat ku merindukanNya.. ingin bertemu denganNya.. lindungilah dia saat aku tak bersamanya.. aku hanya ingin ia BAHAGIA.. walaupun tak bersamaNya.. aku ingin selalu menjagaNya.. jangan biarkan ia bersedih.. aku hanya ingin melihat senyumNya.. SAMPAI AKU SUDAH TIDAK ADA DI DUNIA..

Followers
Sayang korang!

Jerit di sini

walaupun da nak dekat exam, hanya tinggal beberapa hari je lagi masih sempat lagi berfacebook, twitter, blog dan segala bagai, hehe..
tapi, pape pun aku nak ucapkan SELAMAT BERJAYA !
untuk sahabat-sahabatku semua..
terutamanya sahabat yang sentiasa susah senang bersama aku selama nie:
(YATIEY, KAK INSAN, ALYNA)


0 comments



Ramai yang berkata, dunia adalah satu pentas teater. Ya, Satu pentas teater yang pengarah tungal untuk pentas teater itu adalah tidak lain tidak bukan Allah SWT.

Dalam pentas teater ini, setiap orang memainkan peranan masing-masing. Ada yang memainkan peranan sebagai orang kaya, miskin, jahat, baik gembira dan sedih. Jalan cerita yang sudah diatur lengkap dan kemas dalam kitab mulia Al-Quran.

Habis itu, apa hubungannya dengan kehidupan kita?

Semua kejadian yang menimpa kita, seperti kegagalan bercinta ataupun kepahitan yang kita alami, secara dasarnya sudah tertulis alur ceritanya.

Masalah akan menjadi ringan sekiranya kita selalu menganggap dunia hanyalah pentas teater, tempat orang memainkan peranan masing-masing, bersesuaian dengan jalan ceritanya.

Waktu mendapat kejayaan, kita sedar, ini adalah episod kita berjaya. Begitu juga waktu mengalami kegagalan, ia juga episod yang perlu dimainkan.

Semuanya sudah tertulis, semuanya sudah tercatat. Dari sekecil-kecil dan sebesar-besarnya setiap kejadian.

Seorang pelakon teater perlu bergerak dan bertindak seperti yang dikehendaki jalan cerita. Perlu diingat, kehidupan sebenar bukan semasa dia menjadi pelakon.

Mungkin dalam wataknya, dia adalah orang yang berharta, tetapi dalam kehidupannya yang sebenar, hidupnya sederhana dan mungkin papa kedana.

Mungkin dalam wataknya, dia berperanan sebagai seorang yang miskin, tetapi dalam kehidupan yang nyata,dia seorang yang kaya-raya.

Kita perlu tahu bahawa, pelakon tidak pernah dibelenggu oleh wataknya semasa berada di atas pentas. Apabila pementasan sesebuah teater telah tamat, dia tidak akan terus terikut-ikut dengan watak yang dimainkan.

Walaupun dalam teater dia berperanan sebagai bos besar, dia tidak kecewa adalam kehidupannya yang sebenarnya, iaitu sebagai manusia miskin.

Kesimpulannya, walau apa pun yang berlaku, sekiranya kita menganggapnya sebagai pelakon teater, insya-Allah kita tidak akan sakit kepala, tertekan, apatah lagi untuk patah hati dan kecewa. Kerana kita sedar kita adalah pelakon.

Sekiranya masih dibelenggu masa lalu, bererti kita adalah pelakon yang masih tidak mahu melepaskan wataknya. Padahal, waktu lakonan yang dijalankan sudah tamat. Tetapi kita masih menganggap seolah-olah lakonan masih berjalan.

Sekiranya berlaku seperti ini, kita menjadi lemah, kurang semangat, terseksa dan membuang masa.

Menurut ibnu Al-Zauji, membuang masa lebih teruk daripada kematian. Ini kerana, kematian hanya memutuskan seorang daripada dunia dan keluarganya, tetapi membuang masa pula memutuskan seorang daripada Tuhan dan hari akhiratnya.

Beranikan Diri Ucapkan Selamat Tinggal Pada Masa Lalu

Mulai daripada saat ini, beranikan diri berkata, “Selamat tinggal masa lalu.”Biarkan ia berlalu seiring beralihnya waktu. Biar ia terhapus dengan segala suka dan duka. Biarkan ia pergi dan tidak kembali lagi.

Masa lalu adalah masa apabila seseorang melaluinya dengan kesusahan ataupun senang. Masa mendatang akan menjemput, tetapi kita tidak akan tahu sama ada masih sempat melaluinya dengan baik ataupun tidak.

Masa sekarang adalah masa yang perlu digunakan dengan kesedaran dan meneruskan perjuangan hidup.
“Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah SWT tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.” [Surah Al-Hadid, ayat 23]
*copy and paste dari blog http://akuislam.com/blog/renungan/selamat-tinggal-masa-lalu/
0 comments

hai semuanya.. kali ni malas nak bercerita panjang cuma nak upload video je.. hasil usaha sendiri..
nak tgk? tekan jela tulisan kat bawah ni

0 comments


kali ni aku nak cerita mengenai aktiviti aku sepanjang sem 5 ni.. dari asalnya terasa tak tahu nak buat
 apa sebab terlalu banyak cuti, sampai la terisi dengan macam2 aktiviti.. sangat seronok walaupun letih sebenarnya.. aktiviti yang tidak di sangka-sangkakan.. 

ni lah aktiviti mula-mula aku.. pergi jalan-jalan dekat kellie's castle.. memang aku teringin sangat nak pergi tempat ni, tak tau lah kenapa.. akhirnya tercapai jugak.. thanks kak mardhiah razak sebab bawa kita orang pergi jalan-jalan.. nak di jadikan cerita, aku boleh sampai tempat ni disebabkan asalnya nak pergi tempat praktikal di ipoh.. alang2 da sampai ipoh, tu yang jalan-jalan makan angin sampai ke sini, hehe.. da la dah confirm dapat tempat praktikal siap ada elaun lak tu, dapat pulak pergi jalan-jalan.. memang best !



 selepas je aktiviti kat atas tu, di teruskan lagi dengan aktiviti kat bawah ni.. ni masa time konvokesyen.. mula-mula teringin je nak bergambar dengan background yang cantik tuh. tapi akhirnya lain yg jadi.. sebab kami semua di tawarkan bekerja sementara pulak dengan photographer untuk konvo ni (abg amir).. kerja dia tak susah pun sebab kami hanya perlu edarkan flyers je.. memang senang sangat.. lagipun kami bukan bekerja sahaja, siap dapat ganjaran lagi.. tu yang tak tolak lansung.. rezeki datang lagi, syukur sangat.. 


okay, ni yang last aktiviti, makan malam dengan budak-budak kelas.. maklum la da nak berpisah semuanya.. buat aktiviti macam ni untuk kenangan semua.. best sangat, enjoy je.. dapat release tension sebelum exam, hehe


ada lagi sebenarnya aktiviti selepas nie.. tapi, masih dalam proses, dinner dengan semua pelajar diploma sains (matematik).. entah menjadi ke tidak aktiviti tu, tak tahu la.. harap2 menjadi sebab terigin sangat nak ada dinner macam orang lain, hee..  

Sebagai ingatan kepada kita semua dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini diturunkan hadis Nabi s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud: “Barangsiapa yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” (H.R. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)



0 comments

Syukur alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah.. kini da pun di akhir-akhir bulan september dan menghampiri bulan oktober.. terasa begitu lama aku menyepikan diri.. mungkin selama ini kesibukan yang melanda + kemalasan menyebabkan aku lama meninggalkan blog ni.. entah kenapa pagi ini terasa hendak menulis sesuatu.. 
hampir kesemua manusia sedang lena di buai mimpi pada masa ini, aku masih lagi tidak mampu memejamkan mata.. mengalahkan pendana menteri, habis kesemua masalah aku hendak fikirkan.. dari sekecik-kecik masalah sehinggalah sebesar-besar masalah.. memang itulah yang selalu terlintas di fikiranku bila mata tak mampu untuk terpejam lena di saat semua manusia asyik dibuai mimpi.. 
memang sunyi yang aku rasakan saat ini, tiada lagi hilai tawa, suara-suara manusia yang tak pernah henti-henti untuk berbicara.. dan saat inilah aku dapat rasakan ketenangan.. sunyi itu satu ketenangan bagi aku, tapi mungkin tidak bagi orang lain.. ketenangan yang aku dapat rasakan saat ini seolah-olah tiada lagi masalah yang bakal aku hadapi pada hari esok walaupun hakikatnya masih banyak lagi masalah yang harus aku tempuhi..
  
rindunya terasa nak kembali aktif berblog.. tapi ketandusan idea.. blog aku ni dari asalnya ada lagu, tapi disebabkan lama terbiar sehinggakan lagu pun dah tak berbunyi lagi.. siapa-siapa yang datang jenguk2 blog aku mesti akan terasa bosan dan sunyi kan? hurm, entah bila la tak tahu aku nak edit balik blog ni.. aku sendiri tgk blog aku pun da trase kurang berminat.. da rase tak menarik di mata lagi :( 
sekarang aku da pun berada di penghujung sem, da hampir nak final exam.. tapi belum ada pape persiapan pun lagi untuk menghadapi final.. kenapa la dengan aku ni, suka sangat study last2 minit.. nanti mula la panic, adoii.. da akhir sem pun tetap jugak dengan perangai sama, tak pernah berubah.. harap2 la walaupun study last minit dapat jawap final nanti, amin..
 
okay cukup la smpai di sini dulu aku merepek, merapu yang entah pape..
bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalaNya untuk sesuatu yang sia-sia. bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya.
biar seisi dunia benci dan tinggalkan kita, Allah tetap ada. tiap masa, tiap ketika.
0 comments