//Simple is better




About Me !
Hey ! Good days to you!


Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!haha.. i'm Nur Shuhada Binti Ab Aziz. 20 tahun. Was taken by someone. Seorang gdis biasa yg hnya inginkn kbhagian. Tiada yg lbih kekal & bhgia slain CINTA yg SATU♥ my fmly♥ my jntung hati♥ my bff♥

Status : YOUR STATUS HERE


Music
Layan jew!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: shuhada aziz

Nuffnang

◕‿◕

"I know I'm not the best writer.. menulis sekadar suke-2.. mohon maaf andai ade yg tak suke.. !! "

Blog archive

» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» November 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» June 2013
» September 2013
» October 2013
My anniversary

Daisypath Anniversary tickers
En. Jantung Hati



TUHAN,sampaikan pesan ini padaNya.. aku menyayangiNya,mecintaNya.. tak sanggup bila ku kehilanganNya.. tiap saat ku merindukanNya.. ingin bertemu denganNya.. lindungilah dia saat aku tak bersamanya.. aku hanya ingin ia BAHAGIA.. walaupun tak bersamaNya.. aku ingin selalu menjagaNya.. jangan biarkan ia bersedih.. aku hanya ingin melihat senyumNya.. SAMPAI AKU SUDAH TIDAK ADA DI DUNIA..

Followers
Sayang korang!

Jerit di sini


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.



4 comments