//Simple is better




About Me !
Hey ! Good days to you!


Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!haha.. i'm Nur Shuhada Binti Ab Aziz. 20 tahun. Was taken by someone. Seorang gdis biasa yg hnya inginkn kbhagian. Tiada yg lbih kekal & bhgia slain CINTA yg SATU♥ my fmly♥ my jntung hati♥ my bff♥

Status : YOUR STATUS HERE


Music
Layan jew!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: shuhada aziz

Nuffnang

◕‿◕

"I know I'm not the best writer.. menulis sekadar suke-2.. mohon maaf andai ade yg tak suke.. !! "

Blog archive

» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» November 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» June 2013
» September 2013
» October 2013
My anniversary

Daisypath Anniversary tickers
En. Jantung Hati



TUHAN,sampaikan pesan ini padaNya.. aku menyayangiNya,mecintaNya.. tak sanggup bila ku kehilanganNya.. tiap saat ku merindukanNya.. ingin bertemu denganNya.. lindungilah dia saat aku tak bersamanya.. aku hanya ingin ia BAHAGIA.. walaupun tak bersamaNya.. aku ingin selalu menjagaNya.. jangan biarkan ia bersedih.. aku hanya ingin melihat senyumNya.. SAMPAI AKU SUDAH TIDAK ADA DI DUNIA..

Followers
Sayang korang!

Jerit di sini


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.



4 comments


Setiap dari kita menyimpan seribu satu peristiwa yang berlaku di masa lalu. Pelbagai warna yang kita jadikan semuanya itu disimpan rapi atau dijadikan bahan bualan atau jua perkara yang dikongsi dengan orang lain. Ada yang manis, yang pahit atau apa jua rasanya, itu semua menjadi sebahagian dari episod-episod hidup yang telah kita lalui ini.

Namun dalam pelbagai peristiwa itu, ada perkara-perkara yang telah berlaku memberi impak yang sangat besar kepada kita. Ia menjadi sesuatu yang terus diingati, meskipun ia telah lama berlalu pergi. Lebih-lebih lagi perkara yang mengubah keseluruhan landskap kehidupan kita. Perkara-perkara yang melibatkan emosi kita sangat tercalar. Hatta perkara-perkara yang sangat kita benci dan ia membuatkan kita sedaya-upaya menghalau dari minda.

Hal-hal yang lalu ini adakalanya menjadi belenggu kepada kehidupan yang sedang dilalui. Belenggu yang membuatkan kita lupa tentang masa depan yang sedang menunggu. Bukan hanya masa depan, malah masakini yang sedang dimiliki.

Jadikan hari ini lebih bermakna kerana masa depan dibina pada hari ini! 1 minit dikau bersedih membuatkan dirimu terbazir sebanyak 60 saat waktu untuk berpeluang rasa gembira dan bahagia.
Janganlah terus terperangkap dalam dimensi masa lalu, ia hanya tempat untuk dilawati sekali sekala TETAPI bukan untuk didiami. 

0 comments


Sejak akhir-2 nie mood aku tak menentu..
Kejap rase hepi, kejap rase cm xnak layan semua orang,
rase nak bersendirian.. cepat sentap..
yang aku tension sangat air mata aku nie..
cepat jew nak mengalir..
kenapa la aku tak sekuat macam orang lain..
kenapa la aku nie lemah sangat-2..
Aku sendiri pun tak tau apa masalah dengan diri aku nie..
tapi, sesungguh time cam gnie la baru aku kenal siapa sahabat..
betul kata orang, kawan suka-2 senang jew cari..
kawan time sedih memang susah nak jumpa..
okay, mood sedih dah datang..
tetiba jew.. aku stop sampai cnie jela..
aku hanya manusia biasa.. jauh dari kesempurnaan..
mohon maaf andai ada yang terasa..
Kehidupan merupakan satu medan yang tidak terjangka aturannya. Segala sesuatu menurut perancangan Allah. Namun bukan bermakna kita tidak boleh merancang kehidupan yang kita kehendaki. Perasaan yang hadir juga silih berganti. Adakalanya kita gembira, adakala kita sedih. Itulah uniknya manusia, punya perasaaan dan hati yang terkesan dengan keadaan persekitaran. Cuma, di sinilah kebijaksanaan manusia diuji, bagaimana untuk kita berinteraksi dengan perasaan-perasaan itu.
Adakalanya kita perlu untuk berasa berseorangan. Kita perlu merasa sunyi. Kadangkala kita perlu menjauhkan diri dari kebisingan dan hiruk pikuk kawan2. Solat (sunat, sebab fardhu jemaah terbaik) adalah masa terbaik utk itu. Bercakap dan melayani diri sendiri kadang kala perlu lebih2 lagi bila sedang bermuhasabah diri. 
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ali-Imran: 190) 
Bersabarlah dgn apa yg berlaku terhadap diri kita, pasti ada hikmah di sebaliknya. Jalanilah hari2 kehidupan dgn tenang dan sabar, dan jadilah sebaik2 hambaNya. Belajarlah menjadi seorang hamba, bukan tuan. Wallahu’alam.
5 comments

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.
Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH Pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah Turunkan kepada Jibrail.

2.BISMILLAH untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang Dan terlempar Semua syaitan.

4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya Dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu Melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia Dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memula kan sesuatu Perkara yang baik.

6. Jumlah Huruf dalam BISMILLAH Ada 19 huruf Dan malaikat Penjaga neraka Ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah Selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH Ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah Kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan Mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi Dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan Bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak Dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah Dan masuk ketakutan Dalam hati si zalim serta naiklah keberanian Dan Kehebatan kepada si pembaca.
0 comments

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang ,
Aku berharap ,
Jika nanti Allah mempertemukan kita ,
Kau akan selalu membimbingku ,
Agar aku menjadi wanita yang solehah ,
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga ,
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat .

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku ,
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita ,
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat ,
Iaitu anak yang soleh dan solehah ,
Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah .

Andai engkau ditakdirkan untukku ,
Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku ,
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita ,
Kau bisa mencintai aku apa adanya ,
Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan .

Dan andai aku salah ,
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan ,
Andai aku marah ,
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu ,
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan ,
Andai aku lupa ,
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang ,
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita .

Kerana ,
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku ,
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya ,
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu .

InsyaAllah, aamiin .
2 comments


Jika inginkan bentuk bibir yang menawan, bukan dengan mencalit lipstik dengan warna idaman, tapi bentuklah ia dengan ucapan kata-kata kebaikan.

Inginkan mata yang cantik menawan dan indah bukan hanya mencalit pewarna mata, tapi sebenarnya adalah dengan mencari dan memandang kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Nak dapatkan bentuk badan yang langsing dan mengkagumkan, bukan dengan berdiet semata-mata, tapi berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

Rambut yang indah tentulah menjadi idaman wanita, bukan syampoo bukan pewarna yang diperlukannya, tapi lurutan penuh kasih ke atasinya, bagi si ibu, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari, kerna anak kecil itu sememangnya penuh kasih dihati.

Bagi mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, nescaya anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, insyaallah akan senantiasa ada tangan terhulur buat mu.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri nikmat yang telah diberi pada dua tangan mu, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Tapi sebenarnya, Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh disepanjang waktu buatnya.

0 comments