//Simple is better




About Me !
Hey ! Good days to you!


Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!haha.. i'm Nur Shuhada Binti Ab Aziz. 20 tahun. Was taken by someone. Seorang gdis biasa yg hnya inginkn kbhagian. Tiada yg lbih kekal & bhgia slain CINTA yg SATU♥ my fmly♥ my jntung hati♥ my bff♥

Status : YOUR STATUS HERE


Music
Layan jew!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: shuhada aziz

Nuffnang

◕‿◕

"I know I'm not the best writer.. menulis sekadar suke-2.. mohon maaf andai ade yg tak suke.. !! "

Blog archive

» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» November 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» June 2013
» September 2013
» October 2013
My anniversary

Daisypath Anniversary tickers
En. Jantung Hati



TUHAN,sampaikan pesan ini padaNya.. aku menyayangiNya,mecintaNya.. tak sanggup bila ku kehilanganNya.. tiap saat ku merindukanNya.. ingin bertemu denganNya.. lindungilah dia saat aku tak bersamanya.. aku hanya ingin ia BAHAGIA.. walaupun tak bersamaNya.. aku ingin selalu menjagaNya.. jangan biarkan ia bersedih.. aku hanya ingin melihat senyumNya.. SAMPAI AKU SUDAH TIDAK ADA DI DUNIA..

Followers
Sayang korang!

Jerit di sini

Kehadapanmu wahai pendampingku ;)
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang sedia untuk kau pilih
Walaupun dikau tahu bahawa aku hanya seorang wanita biasa, yang sangat jauh dari erti sebuah kesempurnaan.
Oleh itu, aku hanya ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku memiliki banyak kekurangan.
ketahuilah dan fahamilah...
Kepadamu yang akan memilihku kelak...
Aku tak sebijak Khadijah,
Dan ku ingin kau tahu
aku mungkin tanpa sengaja akan berbuat salah dan membuatmu marah.
Oleh itu, ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah ataupun berkasar padaku,
nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku derhaka kepadamu...
Duhai kau yang yang telah memilihku kelak....
Ingatlah, tak selamanya aku dapat kelihatan cantik di matamu,
ada kalanya aku akan terlihat begitu hodoh.
Mungkin kerana aku begitu sibuk menyiapkan urusan di dapur,
untuk menyiapkan makan untukmu nanti -InsyaAllah-.
Kemudian, aku akan kelihatan kotor dan bau asap.
Mungkin juga kerana seharian ku harus mengindahkan istana kecil kita,
agar kau dapat tinggal dengan nyaman dan selesa.
mungkin juga aku tidak akan sempat berdandan untuk menyambutmu 
pulang dari bekerja.
Mungkin juga nanti,
kau akan melihatku mengantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu meluahkan segala rasa,
tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku langsung tidak melelapkan mata kerana ingin menjadi peneman tidurmu,
dan ku tahu kau letih mencari rezeki, oleh itu aku tidak mahu menganggu lelapmu..
jika keesokan pagi kau melihatku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
Tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatan ku...
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan melihatku sebegitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana ku melawan atau berkasar padamu, tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk meluahkan isi hatiku, tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu kau tak disampingku, atau mungkin kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
Oleh itu bersabarlah, yang ku perlukan hanya belaianmu...
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadam segala resahku...
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-NYA..
Jangan segan membangunanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalannya waktu,kau akan melihat rambutku yang dulu hitam berkilau dan indah,
akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai berkedut. Tanganku yang halus akan menjadi kasar...
Dan kau tak akan melihatku sebagai wanita cantik, yang kau cintai puluhan tahun yang lalu...
Bukan wanita muda yang selalu menghiasi matamu...
jangan pernah berpaling dariku...
Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bercambah,
iaitu rasa cintaku padamu...
Ketahuilah... Tiap hari, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lalui dengan sentiasa mencintai dan merinduimu
Maka cintailah aku karena-NYA, dengan apa adanya aku...
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...
Maafkan aku karena aku bukan istri Nabi..
Aku hanya wanita biasa..........
0 comments