//Simple is better




About Me !
Hey ! Good days to you!


Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!haha.. i'm Nur Shuhada Binti Ab Aziz. 20 tahun. Was taken by someone. Seorang gdis biasa yg hnya inginkn kbhagian. Tiada yg lbih kekal & bhgia slain CINTA yg SATU♥ my fmly♥ my jntung hati♥ my bff♥

Status : YOUR STATUS HERE


Music
Layan jew!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: shuhada aziz

Nuffnang

◕‿◕

"I know I'm not the best writer.. menulis sekadar suke-2.. mohon maaf andai ade yg tak suke.. !! "

Blog archive

» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» November 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» June 2013
» September 2013
» October 2013
My anniversary

Daisypath Anniversary tickers
En. Jantung Hati



TUHAN,sampaikan pesan ini padaNya.. aku menyayangiNya,mecintaNya.. tak sanggup bila ku kehilanganNya.. tiap saat ku merindukanNya.. ingin bertemu denganNya.. lindungilah dia saat aku tak bersamanya.. aku hanya ingin ia BAHAGIA.. walaupun tak bersamaNya.. aku ingin selalu menjagaNya.. jangan biarkan ia bersedih.. aku hanya ingin melihat senyumNya.. SAMPAI AKU SUDAH TIDAK ADA DI DUNIA..

Followers
Sayang korang!

Jerit di sini



Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu  solat.
Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.
Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu.
Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.
Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.
“saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.
Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau?
“abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
“abang..?” Aiman tersedar.
“jom.” Kunci kereta di atas meja di capai.
“saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.”
Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
.
**************
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.
“abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?
“err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.
“ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.
“jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
.
***************
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.
“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”
Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca.
  – “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”
Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah?
Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.
“..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang!
Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.
“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki.
Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.
“hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa.
“hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa.
“salah! Hj.Amran dekat Johor.”
“ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi.
“Syah mana?”
“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.
“abang buat apa?”
“tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”
“tanya apa?”
“er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”
“sebab Allah.”
Aiman diam sebentar.
“tak faham.”
“saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
.
*********************
Seminggu berlalu….
“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu.
Terkejut juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.
- “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!”
Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman.
“macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu.
Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.
“tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..”
Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur.
Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop.
“abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”
“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening.
.
Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah.
Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa.
“okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula.
“okay apa..”
“is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.”
“boleh ke macam itu?”
“boleh je.”
“okay..”
“dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh, sejak bila jadi geng surau ni? Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah!
.
******************
“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu.
Ustaz itu menoleh. “ya?”
“saya nak…”
“nak apa?”
Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.
“anak nak apa?”
“saya nak belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz itu senyum.
“mari.”
.
Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.
“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri.
“Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.
“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.”
“terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.
“baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
******************************
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar.
“hmm,seminggu je.”
Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.!
“seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah.
“pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah.
“apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.”
Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.”
Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
*************************.

BERSAMBUNG… 


dari: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/cinta-sampai-syurga/#ixzz27w2BOM2e
0 comments